Thursday, 18 December 2014
Sunday, 7 December 2014
ARTIKEL KHALIF MUAMMAR MENGENAI LIBERALISME
Liberalisme
sebenarnya amat amat berbahaya dan merupakan racun bagi kehidupan beragama.
Walaupun pada luarannya nampak menarik, tetapi di dalamnya sangat berbahaya.
Untuk
menilai liberalisme kita seharusnya melihat dari kedua-dua aspek positif dan
negatif. Kita tidak boleh melihat aspek positifnya sahaja seperti yang
dilakukan oleh kelompok liberal dari kalangan orang Islam. Tindakan mereka
menitikberatkan perkara yang positif sahaja tanpa melihat kesan keseluruhan
terutama perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah tindakan
yang yang dangkal dan menutup sebelah mata, kerana perkara ini sememangnya
memberi kesan yang besar kepada cara berfikir dan cara hidup seorang Muslim.
Mereka
yang mendukung fahaman liberalisme ini cuba untuk memaparkan fahaman mereka
untuk diserap kepada masyarakat lain. Hal ini akan membawa implikasi buruk
bukan sahaja kepada agama tetapi juga kepada umat masyarakat kerana ia bercanggah
dengan ajaran Islam sebenar.
ALASAN-ALASAN
MENGAPA ORANG ISLAM YANG SEJATI MENOLAK LIBERALISME
1.
Golongan liberal menerima
sekularisme, suatu faham yang memisahkan agama daripada kehidupan publik, yang
menyempitkan agama pada perkara ritual dan spiritual semata, yang menghadkan
peranan agama hanya di rumah-rumah ibadat dan ruang lingkup peribadi.
2.
Golongan liberal sentiasa
mendahulukan akal rasional dalam setiap perkara. Meskipun Islam meraikan akal
fikiran dan menempatkannya pada tempat yang sepatutnya namun seorang Muslim
tidak boleh mendahulukan akal daripada nas al-Qur'an dan Sunnah. Terdapat
beberapa tulisan tokoh-tokoh liberal yang menghalalkan homoseksual, kahwin
sesama jenis, minum arak, kesetaraan gender, pornografi dsb.
3.
Golongan liberal berpegang kepada
teologi inklusif di mana bukan Islam sahaja yang benar tetapi semua agama juga
benar kerana semua itu adalah jalan-jalan menuju Tuhan yang sama.
4.
Golongan liberal meletakkan sepenuh
keyakinan terhadap sistem politik Barat dan menganggapnya sebagai sistem yang
terbaik dan tidak mungkin ada yang lebih baik daripadanya. Mereka menolak
sistem politik Islam dan menganggapnya sebagai sistem yang teokratik, absolutis
dan kerananya ketinggalan zaman.
5.
Mempromosikan nilai-nilai liberal
seperti gaya hidup bebas, menolak segala bentuk undang-undang moral.
KESAN
LIBERALISME KEPADA MASYARAKAT MELAYU
NOVEL-NOVEL MELAYU MUTAKHIR: ANALISIS CERMINAN NILAI BUDAYA BANGSA
Saya bersetuju
dengan tulisan Ramli Isin tentang cerminan budaya yang dipancarkan dalam karya.
Setiap karya yang dihasilkan memaparkan cerminan budaya bangsa ketika karya itu
dihasilkan dan bukannya zaman ia diterbitkan. Hal ini kerana seorang penulis
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah karya yang bermutu. Pelbagai
zaman yang dilalui mempelbagaikan lagi gambaran masyarakat di dalamnya.
Penulis
akan mengambil latar masyarakat, ekonomi mahupun keadaan politik pada zaman
karyanya dihasilkan. Antara novel-novel yang mempunyai nilai budaya adalah Ranjau Sepanjang Jalan, Kemelut, Seluang
Menodak Baung, Srengenge karya Shahnon Ahmad, Krisis karya Alias Ali, Angin
Timur Laut, Juara karya S. Othman Kelantan, Salina, Adik Datang, Sungai
Mengalir Lesu karya A. Samad Said, Lambak karya Zaid Ahmad, Gugurnya Langit
Hijau Nanga Tiga karya Jong Chian Lai, Ngayau, Bagaton karya Amil Jaya, Empangan
karya Zakaria Ali, Jejak Pulang karya Dharmala N.S, Rimba Harapan karya Keris
Mas.
Novel-novel
karya Shahnon Ahmad banyak memaparkan mengenai latar masyrakat Melayu yang
benar-benar berlaku ketika itu. Melalui Rentong misalnya kita melihat bahawa
Shahnon cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan.
Shahnon Ahmad melahirkan simpatinya yang melimpah terhadap perjuangan kaum tani
yang miskin di kampungnya Banggul Derdap. Kekuatan Shahnon dalam karya-karyanya
ialah kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai seniman yang berhasil
menangkap segala konflik jiwa orang kampung. Dalam mengabdikan kehidupan desa
yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya, lukisan-lukisan alam dan suasana
Banggul Derdap menjadi hidup dan bererti. Suatu keistimewaan yang kita dapati
dan nyata daripada penyorotan Shahnon terhadap petani-petani miskin ialah bukan
maksud dirinya meletakkan segala kesalahan kepada pemerintahan seperti yang
sering dikemukakan oleh pengarang-pengarang ASAS 50 dalam waktu kegemilangan
angkatan tersebut dulu. Beliau melihat orang kampung dengan segala
kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan
dirinya bulan-bulat kepada Allah Azzawajalla. Segala musuh tanaman mereka
datangnya daripada Allah dan kepada Allah jugalah mereka meminta perlindungan.
Dapat
disimpulkan bahawa pengarang-pengarang yang menghasilkan novel-novel tersebut
sememangnya mempunyai bakat, daya kreativiti dan persepsi yang tinggi terhadap
kenyataan atau reality masyarakat dan persekitaran yang berlaku pada masa itu.
Malah mereka juga menguasai teknik dan unsur penceritaan karya kreatif imaginative itu dengan baik untuk
mencitrakan semula realiti sebagai cerminan dan bayangan nilai budaya
masyarakat bangsanya dalam bentuk karya sastera khususnya novel.
Saturday, 6 December 2014
PANDANGAN HIDUP(ALAM) ISLAM 'THE WORLDVIEW OF ISLAM' SEBAGAI 'FRAMEWORK STUDY ISLAM' OLEH HAMID FAHMY ZARKASYI
Pandangan hidup (worldview) memiliki peranan
sebagai cara pandang terhadap segala sesuatu secara epistemologis supaya dapat
berfungsi sebagai framework dalam mengkaji sesuatu.
Dalam tradisi Islam
klasik makna khusus untuk pengertian worldview belum diketahui namun tidak bermakna
Islam tidak mempunyai worldview. Para abad ke-20, beberapa ulama telah
memberikan beberapa pengertian worldview antaranya adalah:
Maulana al-Mawdudi à Islami Nazariat (Islamic Vision)
·
Yang dimaksudkan Islami Nazariyah adalah
pandangan hidup yang bermula dari konsep keesaan Tuhan (syahadah) yang berimplikasi
pada keseluruhan aktiviti kehidupan manusia di dunia. Hal ni disebabkan oleh syahadah
yang mendorong manusia untuk melaksanakannya dalam kehidupannya secara
menyeluruh.
Sayyid Qutb à al-TaÎawwur al-islame (Islamic
Vision)
·
sesuatu yang terkumpul dari
keyakinan asasi yang terbentuk dalam fikiran dan hati setiap Muslim dan dapat memberi
gambaran khusus tentang setiap makna kewujudan tersebut
Mohammad AÏif
al-Zayn à
al-Mabda 'al-IslÉmÊ (Islamic Principle)
·
Pengertian mabda 'sebagai aqidah
fikriyyah (kepercayaan yang rasional) yang berdasarkan pada akal. Sebab setiap
Muslim wajib beriman kepada Allah, Nabi Muhammad SAW, dan al-Qur'an. Iman kepada hal-hal yang ghaib itu
berdasarkan cara penginderaan yang diteguhkan oleh akal sehingga tidak dapat
dinafikan lagi. Iman kepada Islam sebagai Din yang diturunkan melalu Nabi
Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan
manusia dan lain-lain.
Prof. Syed Naquib
al-Attas à Ru'yatul
Islam lil wujud (Islamic Worldview)
·
Worldview Islam adalah pandangan
Islam tentang realiti dan kebenaran yang nampak oleh mata hati kita dan yang
menjelaskan hakikat kewujudan. Hal ini
kerana segala yang dipancarkan Islam adalah wujud (ru'yaat al-Islam lil-wujud).
Bagi seseorang yang
memiliki agama atau kepercayaan sudah tentu konsep Tuhan termasuk dalam
pandangan hidupnya. Menurut Syed Naquib al-Attas elemen pandangan hidup Islam
adalah merngkumi seluruh konsep yang terdapat dalam Islam. Antara yang paling utama
adalah Konsep tentang hakikat Tuhan, Konsep tentang Wahyu (al-Qur’an), Konsep
tentang penciptaan, Konsep tentang hakikat kejiwaan manusia, Konsep tentang
ilmu, Konsep tentang agama, Konsep tentang kebebasan, Konsep tentang nilai dan
kebajikan, Konsep tentang kebahagiaan dan sebagainya.
Oleh
itu, konsep menurut Syed Naquib al-Attas adalah sangat penting dalam pandangan
hidup Islam. Konsep-konsep ini saling berkaitan antara satu sama lain dan membentuk
sebuah struktur konsep yang sistemik yang dapat digunakan untuk pentafsiran
makna kebenaran (truth) dan realiti (reality). Konsep-konsep itu merupakan
sistem metafizik yang dapat digunakan untuk melihat realiti dan kebenaran. Hanya
sistem metafizik yang terbentuk oleh yang dapat berfungsi untuk menentukan
apakah sesuatu itu benar berlaku dalam setiap kebudayaan. Elemen-elemen mendasar konsep konseptual
inilah yang menentukan bentuk perubahan (change), perkembangan (development)
dan kemajuan (progess) dalam Islam. Elemen-elemen dasar ini berperanan sebagai
tiang pemersatu yang meletakkan sistem makna, standard kehidupan dan nilai
dalam suatu kesatuan sistem yang koheren dalam membentuk worldview. Dengan
konsep seperti ini dapat dikatakan bahwa pandangan hidup adalah merupakan
sebuah framework untuk mengkaji sesuatu.
Wednesday, 3 December 2014
OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE: SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Artikel
yang ditulis oleh Syed Naquib membincangkan mengenai:
Pandangan
hidup Islam tidak berasaskan hanya kepada pemerhatian pancaindera dan akal
rasional manusia sahaja tetapi ia merangkumi aspek dunia dan akhirat.
Dunia
diibaratkan sebagai tempat untuk menusia membuat persediaan sebelum menuju ke
akhirat.
Oleh
itu, sebagai manusia kita tidak boleh terlalu leka mengejar kemewahan di dunia
kerana segalanya bersifat sementara tetapi akhirat kekal abadi. Setiap
perbuatan kita di dunia ini perlu disertakan dengan matlamat akhirat untuk
mendapat keredhaan Allah SWT.
Selain
itu, agama Islam bukan berasal dari kebudayaan, elemen falsafah atau buatan
sains tetapi Islam diturunkan melalui wahyu (Al-Quran). Wahyu telah disampaikan
kepada insan yang terpilih iaitu Rasulullah SAW.
Al-Quran
bukan ciptaan budaya atau ciptaan sains dan rekaan etnik tertentu. Al-Quran
membawa kebenaran yang hakiki dan kekal bentuknya. Kandungan di dalam al-Quran
tidak mengalami sebarang perubahan dan kekal.
Islam
merupakan suatu pandangan hidup yang membezakannya dengan pandangan hidup yang
lain. Dalam Islam, Tuhan adalah Allah yang Maha Esa. Walaupun kewujudan Allah
tidak dilihat melalui pancaindera, umat Islam mempercayai bahawa Allah itu
wujud. Selain itu, sifat-sifat Tuhan dalam Islam tidak sama dengan konsep
ketuhanan yang dibawa oleh agama lain. Contoh: konsep ketuhanan Greek &
falsafah barat atau timur.
Kesimpulannya,
sebagai umat Islam kita haruslah menyeimbangkan kehidupan di dunia dan akhirat.
Malah kita disaran supaya melaksanakan suruhan sepeti beribadat kepada Allah
dan meninggalkan larangan Allah. Sesungguhnya setiap manusia yang hidup akan
kembali kepada pencipta-Nya.
Sunday, 16 November 2014
“Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden oleh Solehah Ishak”
Teks sastera dalam genre drama
merupakan suatu wadah yang membawa pemikiran seorang pengarang dan dihidupkan
oleh pengarah yang mampu menginterpretasikan teks setepat yang mungkin.
Solehah Ishak dalam artikel “Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden”
mengklasifikasikan teks dalam beberapa bentuk:
1) deklaratif
2) imperatif
3) interogatif.
Dalam teks deklaratif, paradigma pengarang cukup mudah ditanggapi
oleh pembaca dan khalayaknya. Ini kerana mesej dan makna tidak dibisukan,
malah disuarakan dengan terus terang secara tersurat. Pembaca tidak perlu
mentafsir makna tersembunyi dalam teks kerana segala-galanya telah tersurat.
Teks deklaratif ini berupaya memberi kesan yang cukup kuat kepada khalayaknya
tanpa mengira tahap literasi mereka.
Teks imperatif pula bertolak daripada
modul drama realisme walaupun memaparkan rentetan peristiwa yang benar-benar
berlaku dalam kehidupan masyarakat dan kebudayaannya. Teks yang berbentuk
imperatif tidak mengemukakan sebarang kesimpulan. Pembaca diminta untuk
mengambil pendirian masing-masing, membuat kesimpulan sendiri setelah teks
memaparkan segala persoalannya.
Teks interogatif berbeza daripada teks
deklaratif dan imperatif kerana ia mempersembahkan cerita yang berlapis-lapis:
drama dalam drama, cerita dalam cerita, mimpi dalam mimpi, realiti dalam ilusi
dan sebagainya. Teks juga menzahirkan pelbagai suara dan makna sama ada secara
tersurat ataupun tersirat. Makna yang tersirat itu yang lebih penting walaupun
sukar difahami oleh khalayak. Segala makna yang disampaikan oleh teks diberi
konteks latar belakangnya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, makna tersirat
lebih penting meski sukar untuk difahami oleh pembacanya. Teks ini dianggap ‘berat’
yang tidak mungkin dapat diselami oleh pembaca secara bersantai.
Wednesday, 12 November 2014
Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan oleh Khalif Muammar A.Haris
Pada
masa kini, umat Islam mengalami dilema dalam menyikapi tradisi. Terdapat tiga
golongan iaitu golongan modenis, tradisionalis dan golongan lain. Ketiga-tiga
golongan ini mempunyai pandangan yang berbeza. Antaranya ialah:
Golongan
modenis dan pascamodenis: Tradisi
merupakan beban yang harus dilupakan supaya dapat maju ke hadapan.
Golongan
tradisionalis: Tradisi mestilah dikekalkan dan tidak mengalami sebarang
perubahan.
Golongan
lain: Mengambil jalan tengah dengan menerima apa yang baik dan menolak yang
salah dan buruk.
Menurut pandangan Barat, perkataan 'tradisi' adalah memberi konotasi yang negatif kerana ianya merujuk kepada cerita dongeng dan mitos yang diturunkan dari satu generasi ke generasi melalui komunikasi lisan. Pemikir Barat telah menolak konsep tradisi kerana ianya tidak releven untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kontemporari. Walaubagaimanapun, golongan Modenis menganggap turath sebagai beban sejarah. Namun pandangan itu bercanggah dengan pemikir Islam. Golongan pemikir Islam melihat turath sebagai satu panduan bagi umat Islam untuk memahami dan melaksanakan ajaran agama Islam dalam menjalani kehidupan yang baik. Turath merupakan warisan yang merakamkan tentang bagaimana Islam difahami dan dilaksanakan sejak awal kedatangan Islam. Rakaman dan khazanah keilmuan ini sangat penting dalam membimbing umat Islam masa kini agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Menurut pandangan Barat, perkataan 'tradisi' adalah memberi konotasi yang negatif kerana ianya merujuk kepada cerita dongeng dan mitos yang diturunkan dari satu generasi ke generasi melalui komunikasi lisan. Pemikir Barat telah menolak konsep tradisi kerana ianya tidak releven untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kontemporari. Walaubagaimanapun, golongan Modenis menganggap turath sebagai beban sejarah. Namun pandangan itu bercanggah dengan pemikir Islam. Golongan pemikir Islam melihat turath sebagai satu panduan bagi umat Islam untuk memahami dan melaksanakan ajaran agama Islam dalam menjalani kehidupan yang baik. Turath merupakan warisan yang merakamkan tentang bagaimana Islam difahami dan dilaksanakan sejak awal kedatangan Islam. Rakaman dan khazanah keilmuan ini sangat penting dalam membimbing umat Islam masa kini agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Modernity berasal dari perkataan
Latin. Dengan kata lain, medeniti merujuk kepada satu fasa sejarah Barat yang
sedang mengalami pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan. Ciri-ciri modeniti
berpaksikan kepada industrialisme, kapitalisme, sekularisasi dan negara-bangsa.
Menurut
perspektif Islam, pembangunan adaalah secara menyeluruh. Dalam konsep
pembangunan Islam, agama memainkan peranan yang dominan dalam segala aspek
pmbangunan. Islam menggalakkan sebarang bentuk pembangunan haruslah membawa
kepada kesan yang lebih baik kepada manusia dan bukan membebankan mereka.
Tuesday, 11 November 2014
"i want touch the dog"
Baru-
baru ini berlangsungnya sebuah program 'I Want to Touch a Dog' di Central Park,
One Utama. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang
awam khususnya kepada orang Melayu mengenai cara untuk berhadapan dengan anjing
dan bagaimana mengurangkan rasa takut terhadap anjing. Pada pandangan saya,
program ini tidak harus diadakan kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat
Melayu. Islam tidak perlu satu kempen sebegini, kerana segalanya dah jelas
dalam Al Quran dan Hadis
Saya
sedikit kecewa apabila melihat ramai
anak-anak muda termasuklah kanak-kanak yang hadir ke program I Want to Touch a
Dog ini. Melihatkan gambar-gambar mereka yang nampak riang gembira tanpa rasa
bersalah menyentuh dan memeluk anjing tanpa sebab yang PERLU dibuat begitu.
Pendapat
saya kalau setakat nak bagi kesedaran macam itu, kita yang muslim ini tak
perlulah nak sentuh atau nak gomoi anjing itu. Kalau dari segi hukum yang saya
tahulah kalau kering boleh pegang. Tapi kita pasti ke tangan kita tangan tak
basah ? Bulu anjing tak basah ? Tak kena air liur anjing ? Nanti ada pula yang
cakap pegang anjing kecoh, pegang bukan muhrim tak kecoh pula.
Saya
rasa ada antara kita ni ramai yang tahu pasal hukum pegang anjing ni. Cuma mungkin ada sesetengah yang masih keliru.
Kalau kita bela untuk jaga kebun, untuk jaga ladang, untuk digunakan sebagai
binatang pemburu dibolehkan.
Buat
semua di luar sana. Islam adalah agama yang membawa konsep kasih sayang dan
mengajar umatnya berlaku baik terhadap setiap makhluk Allah s.w.t termasuklah
anjing. Haiwan ini tidak patut dikasari, dianiayai dan sebagainya. Apabila
Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan
melarang penganutnya berbuat demikian, itu tak bermakna penindasan terhadap
anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana
bahayanya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman! Wahai sekalian
manusia, hindarkanlah dari membuat perkara-perkara yang mengganggu sensitiviti
masyarakat setempat.
Wallahua'lam
Saturday, 8 November 2014
SALAM PERKENALAN
Assalamualaikum dan
selamat datang. Blog ini dihasilkan bagi memenuhi tuntutan kursus SKMM 6013 Kesusasteraan dan Falsafah Melayu
yang dibimbing oleh Dr. Masrynna Ahmad.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)




