Sunday, 7 December 2014

ARTIKEL KHALIF MUAMMAR MENGENAI LIBERALISME

Liberalisme sebenarnya amat amat berbahaya dan merupakan racun bagi kehidupan beragama. Walaupun pada luarannya nampak menarik, tetapi di dalamnya sangat berbahaya.
Untuk menilai liberalisme kita seharusnya melihat dari kedua-dua aspek positif dan negatif. Kita tidak boleh melihat aspek positifnya sahaja seperti yang dilakukan oleh kelompok liberal dari kalangan orang Islam. Tindakan mereka menitikberatkan perkara yang positif sahaja tanpa melihat kesan keseluruhan terutama perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah tindakan yang yang dangkal dan menutup sebelah mata, kerana perkara ini sememangnya memberi kesan yang besar kepada cara berfikir dan cara hidup seorang Muslim.
Mereka yang mendukung fahaman liberalisme ini cuba untuk memaparkan fahaman mereka untuk diserap kepada masyarakat lain. Hal ini akan membawa implikasi buruk bukan sahaja kepada agama tetapi juga kepada umat masyarakat kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

ALASAN-ALASAN MENGAPA ORANG ISLAM YANG SEJATI MENOLAK LIBERALISME
1.        Golongan liberal menerima sekularisme, suatu faham yang memisahkan agama daripada kehidupan publik, yang menyempitkan agama pada perkara ritual dan spiritual semata, yang menghadkan peranan agama hanya di rumah-rumah ibadat dan ruang lingkup peribadi.
2.       Golongan liberal sentiasa mendahulukan akal rasional dalam setiap perkara. Meskipun Islam meraikan akal fikiran dan menempatkannya pada tempat yang sepatutnya namun seorang Muslim tidak boleh mendahulukan akal daripada nas al-Qur'an dan Sunnah. Terdapat beberapa tulisan tokoh-tokoh liberal yang menghalalkan homoseksual, kahwin sesama jenis, minum arak, kesetaraan gender, pornografi dsb.
3.       Golongan liberal berpegang kepada teologi inklusif di mana bukan Islam sahaja yang benar tetapi semua agama juga benar kerana semua itu adalah jalan-jalan menuju Tuhan yang sama.
4.       Golongan liberal meletakkan sepenuh keyakinan terhadap sistem politik Barat dan menganggapnya sebagai sistem yang terbaik dan tidak mungkin ada yang lebih baik daripadanya. Mereka menolak sistem politik Islam dan menganggapnya sebagai sistem yang teokratik, absolutis dan kerananya ketinggalan zaman.
5.       Mempromosikan nilai-nilai liberal seperti gaya hidup bebas, menolak segala bentuk undang-undang moral.

KESAN LIBERALISME KEPADA MASYARAKAT MELAYU

Menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Sejak akhir-akhir ini masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja semakin merunsingkan.Hal ini demikian kerana kebanyakkan remaja masa kini dipengaruhi oleh budaya barat yang semakin menular di negara kita. Situasi seperti ini terjadi disebabkan beberapa faktor serta mengakibatkan pelbagai impak negatif kepada generasi muda. Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita dari Barat yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun. Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan seperti inilah yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina. 

Kebebasan masyarakat dalam berfesyen yang banyak meniru budaya barat. Sebagai contoh, memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Fesyan barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi. Salah satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup moden.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman.

NOVEL-NOVEL MELAYU MUTAKHIR: ANALISIS CERMINAN NILAI BUDAYA BANGSA

Saya bersetuju dengan tulisan Ramli Isin tentang cerminan budaya yang dipancarkan dalam karya. Setiap karya yang dihasilkan memaparkan cerminan budaya bangsa ketika karya itu dihasilkan dan bukannya zaman ia diterbitkan. Hal ini kerana seorang penulis mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah karya yang bermutu. Pelbagai zaman yang dilalui mempelbagaikan lagi gambaran masyarakat di dalamnya.

Penulis akan mengambil latar masyarakat, ekonomi mahupun keadaan politik pada zaman karyanya dihasilkan. Antara novel-novel yang mempunyai nilai budaya adalah  Ranjau Sepanjang Jalan, Kemelut, Seluang Menodak Baung, Srengenge karya Shahnon Ahmad, Krisis karya Alias Ali, Angin Timur Laut, Juara karya S. Othman Kelantan, Salina, Adik Datang, Sungai Mengalir Lesu karya A. Samad Said, Lambak karya Zaid Ahmad, Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga karya Jong Chian Lai, Ngayau, Bagaton karya Amil Jaya, Empangan karya Zakaria Ali, Jejak Pulang karya Dharmala N.S, Rimba Harapan karya Keris Mas.



Novel-novel karya Shahnon Ahmad banyak memaparkan mengenai latar masyrakat Melayu yang benar-benar berlaku ketika itu. Melalui Rentong misalnya kita melihat bahawa Shahnon cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan. Shahnon Ahmad melahirkan simpatinya yang melimpah terhadap perjuangan kaum tani yang miskin di kampungnya Banggul Derdap. Kekuatan Shahnon dalam karya-karyanya ialah kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai seniman yang berhasil menangkap segala konflik jiwa orang kampung. Dalam mengabdikan kehidupan desa yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya, lukisan-lukisan alam dan suasana Banggul Derdap menjadi hidup dan bererti. Suatu keistimewaan yang kita dapati dan nyata daripada penyorotan Shahnon terhadap petani-petani miskin ialah bukan maksud dirinya meletakkan segala kesalahan kepada pemerintahan seperti yang sering dikemukakan oleh pengarang-pengarang ASAS 50 dalam waktu kegemilangan angkatan tersebut dulu. Beliau melihat orang kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulan-bulat kepada Allah Azzawajalla. Segala musuh tanaman mereka datangnya daripada Allah dan kepada Allah jugalah mereka meminta perlindungan.

Dapat disimpulkan bahawa pengarang-pengarang yang menghasilkan novel-novel tersebut sememangnya mempunyai bakat, daya kreativiti dan persepsi yang tinggi terhadap kenyataan atau reality masyarakat dan persekitaran yang berlaku pada masa itu. Malah mereka juga menguasai teknik dan unsur penceritaan karya kreatif imaginative itu dengan baik untuk mencitrakan semula realiti sebagai cerminan dan bayangan nilai budaya masyarakat bangsanya dalam bentuk karya sastera khususnya novel.

Saturday, 6 December 2014

PANDANGAN HIDUP(ALAM) ISLAM 'THE WORLDVIEW OF ISLAM' SEBAGAI 'FRAMEWORK STUDY ISLAM' OLEH HAMID FAHMY ZARKASYI

Pandangan hidup (worldview) memiliki peranan sebagai cara pandang terhadap segala sesuatu secara epistemologis supaya dapat berfungsi sebagai framework dalam mengkaji sesuatu.
Dalam tradisi Islam klasik makna khusus untuk pengertian worldview belum diketahui namun tidak bermakna Islam tidak mempunyai worldview. Para abad ke-20, beberapa ulama telah memberikan beberapa pengertian worldview antaranya adalah:
Maulana al-Mawdudi à Islami Nazariat (Islamic Vision)
·         Yang dimaksudkan Islami Nazariyah adalah pandangan hidup yang bermula dari konsep keesaan Tuhan (syahadah) yang berimplikasi pada keseluruhan aktiviti kehidupan manusia di dunia. Hal ni disebabkan oleh syahadah yang mendorong manusia untuk melaksanakannya dalam kehidupannya secara menyeluruh.
Sayyid Qutb à al-TaÎawwur al-islame (Islamic Vision)
·         sesuatu yang terkumpul dari keyakinan asasi yang terbentuk dalam fikiran dan hati setiap Muslim dan dapat memberi gambaran khusus tentang setiap makna kewujudan tersebut  
Mohammad AÏif al-Zayn à al-Mabda 'al-IslÉmÊ (Islamic Principle)
·         Pengertian mabda 'sebagai aqidah fikriyyah (kepercayaan yang rasional) yang berdasarkan pada akal. Sebab setiap Muslim wajib beriman kepada Allah, Nabi Muhammad SAW,  dan al-Qur'an. Iman kepada hal-hal yang ghaib itu berdasarkan cara penginderaan yang diteguhkan oleh akal sehingga tidak dapat dinafikan lagi. Iman kepada Islam sebagai Din yang diturunkan melalu Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan lain-lain.
Prof. Syed Naquib al-Attas à Ru'yatul Islam lil wujud (Islamic Worldview)
·         Worldview Islam adalah pandangan Islam tentang realiti dan kebenaran yang nampak oleh mata hati kita dan yang menjelaskan hakikat kewujudan.  Hal ini kerana segala yang dipancarkan Islam adalah wujud (ru'yaat al-Islam lil-wujud).

Bagi seseorang yang memiliki agama atau kepercayaan sudah tentu konsep Tuhan termasuk dalam pandangan hidupnya. Menurut Syed Naquib al-Attas elemen pandangan hidup Islam adalah merngkumi seluruh konsep yang terdapat dalam Islam. Antara yang paling utama adalah Konsep tentang hakikat Tuhan, Konsep tentang Wahyu (al-Qur’an), Konsep tentang penciptaan, Konsep tentang hakikat kejiwaan manusia, Konsep tentang ilmu, Konsep tentang agama, Konsep tentang kebebasan, Konsep tentang nilai dan kebajikan, Konsep tentang kebahagiaan dan sebagainya.

Oleh itu, konsep menurut Syed Naquib al-Attas adalah sangat penting dalam pandangan hidup Islam. Konsep-konsep ini saling berkaitan antara satu sama lain dan membentuk sebuah struktur konsep yang sistemik yang dapat digunakan untuk pentafsiran makna kebenaran (truth) dan realiti (reality). Konsep-konsep itu merupakan sistem metafizik yang dapat digunakan untuk melihat realiti dan kebenaran. Hanya sistem metafizik yang terbentuk oleh yang dapat berfungsi untuk menentukan apakah sesuatu itu benar berlaku dalam setiap kebudayaan.  Elemen-elemen mendasar konsep konseptual inilah yang menentukan bentuk perubahan (change), perkembangan (development) dan kemajuan (progess) dalam Islam. Elemen-elemen dasar ini berperanan sebagai tiang pemersatu yang meletakkan sistem makna, standard kehidupan dan nilai dalam suatu kesatuan sistem yang koheren dalam membentuk worldview. Dengan konsep seperti ini dapat dikatakan bahwa pandangan hidup adalah merupakan sebuah framework untuk mengkaji sesuatu.

Wednesday, 3 December 2014

OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE: SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

Artikel yang ditulis oleh Syed Naquib membincangkan mengenai:


Pandangan hidup Islam tidak berasaskan hanya kepada pemerhatian pancaindera dan akal rasional manusia sahaja tetapi ia merangkumi aspek dunia dan akhirat.



Dunia diibaratkan sebagai tempat untuk menusia membuat persediaan sebelum menuju ke akhirat.
Oleh itu, sebagai manusia kita tidak boleh terlalu leka mengejar kemewahan di dunia kerana segalanya bersifat sementara tetapi akhirat kekal abadi. Setiap perbuatan kita di dunia ini perlu disertakan dengan matlamat akhirat untuk mendapat keredhaan Allah SWT.


Selain itu, agama Islam bukan berasal dari kebudayaan, elemen falsafah atau buatan sains tetapi Islam diturunkan melalui wahyu (Al-Quran). Wahyu telah disampaikan kepada insan yang terpilih iaitu Rasulullah SAW.

Al-Quran bukan ciptaan budaya atau ciptaan sains dan rekaan etnik tertentu. Al-Quran membawa kebenaran yang hakiki dan kekal bentuknya. Kandungan di dalam al-Quran tidak mengalami sebarang perubahan dan kekal.

Islam merupakan suatu pandangan hidup yang membezakannya dengan pandangan hidup yang lain. Dalam Islam, Tuhan adalah Allah yang Maha Esa. Walaupun kewujudan Allah tidak dilihat melalui pancaindera, umat Islam mempercayai bahawa Allah itu wujud. Selain itu, sifat-sifat Tuhan dalam Islam tidak sama dengan konsep ketuhanan yang dibawa oleh agama lain. Contoh: konsep ketuhanan Greek & falsafah barat atau timur.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita haruslah menyeimbangkan kehidupan di dunia dan akhirat. Malah kita disaran supaya melaksanakan suruhan sepeti beribadat kepada Allah dan meninggalkan larangan Allah. Sesungguhnya setiap manusia yang hidup akan kembali kepada pencipta-Nya.