Baru-
baru ini berlangsungnya sebuah program 'I Want to Touch a Dog' di Central Park,
One Utama. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang
awam khususnya kepada orang Melayu mengenai cara untuk berhadapan dengan anjing
dan bagaimana mengurangkan rasa takut terhadap anjing. Pada pandangan saya,
program ini tidak harus diadakan kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat
Melayu. Islam tidak perlu satu kempen sebegini, kerana segalanya dah jelas
dalam Al Quran dan Hadis
Saya
sedikit kecewa apabila melihat ramai
anak-anak muda termasuklah kanak-kanak yang hadir ke program I Want to Touch a
Dog ini. Melihatkan gambar-gambar mereka yang nampak riang gembira tanpa rasa
bersalah menyentuh dan memeluk anjing tanpa sebab yang PERLU dibuat begitu.
Pendapat
saya kalau setakat nak bagi kesedaran macam itu, kita yang muslim ini tak
perlulah nak sentuh atau nak gomoi anjing itu. Kalau dari segi hukum yang saya
tahulah kalau kering boleh pegang. Tapi kita pasti ke tangan kita tangan tak
basah ? Bulu anjing tak basah ? Tak kena air liur anjing ? Nanti ada pula yang
cakap pegang anjing kecoh, pegang bukan muhrim tak kecoh pula.
Saya
rasa ada antara kita ni ramai yang tahu pasal hukum pegang anjing ni. Cuma mungkin ada sesetengah yang masih keliru.
Kalau kita bela untuk jaga kebun, untuk jaga ladang, untuk digunakan sebagai
binatang pemburu dibolehkan.
Buat
semua di luar sana. Islam adalah agama yang membawa konsep kasih sayang dan
mengajar umatnya berlaku baik terhadap setiap makhluk Allah s.w.t termasuklah
anjing. Haiwan ini tidak patut dikasari, dianiayai dan sebagainya. Apabila
Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan
melarang penganutnya berbuat demikian, itu tak bermakna penindasan terhadap
anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana
bahayanya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman! Wahai sekalian
manusia, hindarkanlah dari membuat perkara-perkara yang mengganggu sensitiviti
masyarakat setempat.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment